Perkhemahan Di Pusat Kokurikulum Daerah Sepang,Bagan Lalang Tahun 2014
Anjuran Jabatan Pendidikkan Negeri Selangor.
Orang yang baca
Friday, 22 August 2014
Friday, 25 April 2014
Pada 22-24 April 2014,Jabatan Pendidikkan Selangor(J.P.S) telah menganjurkan Perkhemahan Gabungan Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah di sekitar negeri Selangor di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikkan Negeri Selangor Daerah Sepang,Kem Bagan Lalang Fasa 2.Sekolah Rendah Kebangsaan Damansara Utama dari daerah Petaling ialah sekolah pertama yang sampai di kem itu.Terdapat 4 buah sekolah rendah termasuk Sekolah Kebangsaan Damansara Utama dan 4 buah sekolah menengah.Solat Zohor diimamkan oleh seorang murid dari Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya.
Pada waktu malam,aktiviti'Night Walk'dijalankan mengikut kumpulan.Kumpulan Lelaki Rendah 1 diketuai oleh seorang ketua pengawas dari Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 yang bernama Irfan Haziq Bin Amerol Hamzah.Aktiviti itu dijalankan disekitar jalan-jalan di Bagan Lalang sehingga ke Pantai Bagan Lalang.Kami berhenti di Pantai Bagan Lalang untuk membincangkan tentang persembahan pada waktu malam esok.Kami memberi idea yang amat bernas.Setelah lama berbincang,akhirnya kami kembali ke khemah masing-masing untuk tidur.
Pada pagi keesokkan,kami membuat senaman pagi selepas kami mandi.Aktiviti itu terlalu meriah.Selepas aktiviti Senaman Pagi,kami bersarapan pagi di kantin kem itu.Ada beberapa aktiviti yang dijalankan sehingga waktu malam.Kami juga melakukan banyak aktiviti seperti keyakinan air dan lain-lain di Pantai Bagan Lalang.Pada waktu malam,kumpulan kami mempersembahkan nasyid.Beberapa murid sekolah menengah menangkap gambar kami.Persembahan murid sekolah menengah antara persembahan yang paling lucu.
Pada waktu pagi,seluruh khemah di kem itu basah dan sungguh bau hanyir disebabkan hujan kilat pada waktu pagi itu.Selepas solat Subuh,banjir mula berlaku selama 2 jam 30 minit.Saya dan rakan -rakan lain membersihkan air yang melimpah di dewan terbuka itu.Selepas hujan reda,kami makan tengah hari dikantin itu.Selepas makan tengah hari,majlis penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada peserta.Sekolah Rendah Kebangsaan Damansara Utama mewakili daerah Petaling Utama telah memenangi Pertandingan memasak Maggi dan Membuat Air Te'o Ais.
Subscribe to:
Comments (Atom)